Kerjaya kelab Kevin Lasagna

Kerjaya awal

Lasagna memulakan kerjayanya bersama kelab yang terletak berhampiran kampung halamannya, Governolese. Pada tahun 2012, Lasagna menyertai kelab Serie D, Cerea dan beliau telah menjaringkan tujuh gol dalam 35 perlawnan sepanjang musim 2012–13. Lasagna seterusnya menyertai kelab Este bagi musim 2013–14. Pada musim itu, beliau telah menghasilkan 21 jaringan gol dalam 33 perlawanan sekali gus menjadikan beliau merupakan salah seorang pemain tumpuan yang beraksi di liga bawahan.[1]

Carpi

Pada Julai 2014, Lasagna telah menyertai kelab Serie B, Carpi.[2] Lasagna melakukan penampilan sulungnya di Serie B pada 13 September dengan menjadi pemain gantian pada aksi menentang Crotone. Pada 15 November 2014, Lasagna menjaringkan gol sulungnya untuk Carpi ketika pasukannya meraih kemenangan 5-2 ke atas Cittadella sekali gus membantu Carpi untuk melonjak ke tangga teratas Serie B.[3]

Pada Januari 2017, Lasagna telah diumumkan akan menyertai kelab Udinese ketika musim 2017–18. Udinese dilaporkan akan membayar nilai perpindahan Lasagna sebanyak 4.5 juta euro berserta kemungkinan bonus.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Kevin Lasagna http://www.soccerway.com/players/349701/ http://www.soccerway.com/players/kevin-lasagna/349... http://altom-italienskfodbold.dk/udinese-henter-ke... http://www.carpifc1909.it/wp/?p=38191 http://www.footballscout24.it/mercato-u21/carpi-il... http://www.football-italia.net/96849/official-udin... http://www.tuttocalciatori.net/Lasagna_Kevin https://www.bbc.com/sport/live/football/45790561 https://www.figc.it/it/nazionali/nazionali-in-cifr... https://www.football-italia.net/129325/last-gasp-b...